Thursday, April 18, 2013

Download "Hack the game" Game simulasi Hacking | X TKJ 4 Coummunity

Hack The game 



Entri kali ini aku akan menunjukkan permainan simulasi hacking yang disebut Hack The Game. Di dalamnya kamu mengambil peranan sebagai seorang hacker yang melakukan pelbagai tugasan yang diberi. Selama tugas yang diberikan anda boleh menggunakan peralatan yang penuh dengan perkakas (hacking). Jika anda baru lagi dalam dunia hacking, sebelum terus membaca artikel ini, aku cadangkan anda membaca buku “Learn How To Hack With The Hacker’s Underground Handbook“.
Jika anda benar-benar memerlukan platform mudah untuk berlatih hacking, maka permainan Hack The Game ini mungkin dapat membantu anda. Hack The Game adalah permainan percuma yang bersaiz hanya 1MB yang akan memperkenalkan anda kepada dunia hacking yang nyata. Persekitaran DOS di dalam permainan ini membuatkan anda merasa seperti anda benar-benar sedang akses ke dalam sistem Pertahanan US. Permainan ini akan lebih menarik dan menyenangkan jika ditambahkan dengan bunyi efek termasuklah ketika anda menaip dan beberapa amaran semasa anda bermain.
Antaramuka Hack The Game sangat ramah dan mudah. Hanya dengan membuka program tersebut dan pilih bahasa anda, masukkan ID anda dan tekan butang enter.
Terdapat beberapa misi dalam permainan ini. Anda akan mendapatkan setiap misi yang masuk di dalam peti masuk anda.
Mail itu sendiri merangkumi beberapa penggunaan dan proses yang ditugaskan untuk anda.
Jika anda ingin menambahkan kesan suara pada permainan ini, anda boleh pergi pada tetapan menu dan tickkan pada kedua-dua kotak yang ada iaitu “Enable sound” dan juga “Enable Typing sound”.
Permainan Hack The Game ini tidak memerlukan pemasangan untuk menjalan permainan ini dan itu jelas selamat untuk digunakan kerana menggunakan fail tempatan yang bertindak sebagai fail remote.
Contoh ScreenShot :
Permainan ini anda dapat memuat turunnya di sini, Dwonload here
Disqus Comments